Input your search keywords and press Enter.

Pemilik Premis Boleh Halang Individu Pakai Gelang Kuarantin

M Update, 11/11/2020 – Pemilik premis perniagaan boleh menghalang individu yang memakai gelang kuarantin daripada memasuki kawasan perniagaan mereka serta melaporkan kepada polis supaya tangkapan dapat dibuat terhadap mereka yang ingkar arahan kuarantin wajib.

Perbuatan mengingkari arahan kuarantin wajib adalah kesalahan berat dan perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera boleh diambil. Mereka yang memakai gelang kuarantin ini memang tidak boleh keluar ke mana-mana kerana apabila mereka keluar dengan gelang kuarantin ini mereka boleh membahayakan orang lain. – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob