Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan Sempadan : Perlis Adakan Perbincangan Dengan Thailand

M Update, 30/11/2020 – Kerajaan Negeri Perlis akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa sempadan Thailand dalam hal membabitkan kepentingan bersama melibatkan pelbagai bidang terutama isu keselamatan sempadan.

Perbincangan tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka sepenuhnya nanti.

Dengan perkembangan semasa di kawasan sempadan sekarang, amat wajar sekali perbincangan itu diadakan segera supaya dapat mencapai kata sepakat untuk kepentingan bersama.

Ketika ini isu keselamatan sempadan Malaysia-Thailand hangat diperkatakan. Selasa lepas, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar.

Perbincangan yang bakal diadakan nanti turut merangkumi aspek ekonomi dan perdagangan dua hala, pelancongan, kebudayaan dan sukan.