M Update, 7/12/2020 – Kemudahan pengeluaran i-Sinar yang dibuka kepada sehingga lapan juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terjejas pendapatan akibat COVID-19, dijangka membantu meringankan beban aliran tunai ahli yang terkesan.
Kemudahan itu dilihat menjadi saluran sokongan atau alternatif kepada mereka yang terjejas untuk menampung perbelanjaan harian, terutama bagi membeli barangan keperluan asas.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata langkah memperluaskan jumlah mereka yang layak kepada sehingga lapan juta, menjadikan lebih ramai akan menerima manfaat itu.
Beliau berkata, pengeluaran i-Sinar secara berperingkat akan memanfaatkan mereka yang layak berbuat demikian kerana bakalmendapat wang secaraberkala dan boleh menguruskannya dengan baik untuk membelanjakan wang berkenaan.
Bagi KWSP pula, katanya, pengurus dana persaraan itu boleh mengurus aset dan liabiliti dengan teratur kerana pengeluaran secara berkala adalah lebih terancang dan tidak mengganggu kedudukan pelaburan sedia ada.
Alhamdulillah, i-Sinar beri kelegaan kepada suri rumah yang mencarum dan ini bukti kerajaan memahami kesempitan kami akibat pandemik COVID-19.
Noor Ainul Yakin Ishak, Suri rumah i-Sinar membolehkan saya merancang keperluan perniagaan kecil-kecilan dari rumah yang diusahakan sejak diberhentikan kerja Jun lalu.
Noor Azura Sahril, Usahawan sambilan Pengeluaran menerusi i-Sinar membolehkan saya merancang apa perlu dibuat. Permohonan dalam talian dan pembayaran terus kepada ahli adalah bukti kerajaan mahu membantu rakyat.
Connie Sylvie Moncal, Suri rumah Enam bulan menganggur besar kesannya, saya bersyukur layak keluar simpanan KWSP demi kelangsungan hidup kerana belum dapat pekerjaan.
Muhammad Ramadhan Mohd Sawal, Bekas kakitangan syarikat penerbangan Banyak bayaran tertunggak sejak diarah cuti tanpa gaji sejak Mac lalu, maka saya akan gunakan pengeluaran i-Sinar untuk langsaikan apa yang perlu dan membuat perancangan secara berhemat.
Mohamad Faiz Zakaria, Pekerja syarikat pengangkutan Pakar saran individu ada tabungan cukup, aset mudah cair tak perlu usik simpanan Akaun 1 kan wang ini,” katanya kepada BH bagi mengulas mengenai pelaksanaan kemudahan i-Sinar.
Mengenai kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk memohon i-Sinar, Mohd Afzanizam berkata, ia bertujuan memastikan penerima wang KWSP adalah pencarum yang sah.
Dengan banyak kes penipuan kebelakangan ini, katanya, ahli KWSP bakal menanggung kerugian jika pengeluaran tidak dipantau dan tiada prosedur operasi standard (SOP) untuk mencegahnya.
“Persoalan sama ada kemudahan i-Sinar pilihan terbaik perlu dikembalikan kepada individu itu sendiri. Sekiranya mereka yang terjejas akibat COVID-19 mempunyai tabungan mencukupi dan aset mudah cair, sebaiknya simpanan KWSP terutama simpanan dalam Akaun 1 tidak perlu diusik.
“Ini adalah keperluan hari tua yang juga penting. Lagipun, KWSP sentiasa memberikan pulangan dividen yang kompetitif.
“Namun, jika seseorang itu hanya mempunyai sumber KWSP sebagai jalan untuk kelangsungan hidup, maka bolehlah dikeluar