Input your search keywords and press Enter.

Banjir : Lebih 10,000 Sukarelawan Digerakkan Bantu Mangsa Di Pahang

M Update, 05/01/2021 – Lebih 10,000 sukarelawan digerakkan di seluruh Pahang bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Sukarelawan membabitkan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), Majlis Pembangunan Wanita Negeri Pahang (MPWNP) dan Sukarelawan Tunas Warisan (STW).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan turut dihulurkan ahli UMNO bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri.

“Sukarelawan turut bekerjasama dengan jabatan dan agensi penyelamat dalam usaha memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara serta menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian.

“Sejak banjir melanda negeri ini dua hari lalu, lebih 10,000 sukarelawan di negeri ini sudah digerakkan dan setakat ini, saya berpuas hati dengan usaha ini.

“Bantuan ini dapat meringankan lagi usaha dilaksanakan jabatan dan agensi kerajaan di bawah penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah yang terbabit banjir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Rosdy berkata, beliau sudah mengarahkan kaedah bantuan yang disalur dipertingkatkan untuk memastikan rakyat yang terkesan banjir yang luar biasa berlaku kali ini menerima bantuan terbaik.

“Mangsa banjir dapat dibantu sehabis baik termasuk dalam tempoh pasca banjir kelak, insya-Allah,” katanya.

Beliau mengingatkan semua yang terbabit termasuk mangsa sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membendung penularan COVID-19.

Setakat jam 9 pagi ini, seramai 17,129 mangsa daripada 4,398 keluarga berada di 243 pusat pemindahan di 10 daerah di Pahang. Tous les médicaments proposés sur notre pharmacie en ligne proviennent de laboratoires pharmaceutiques agréés, asgg.fr/ ils sont identiques à ceux vendus dans une pharmacie traditionnelle et proviennent exclusivement de circuits de distribution officiels.