Input your search keywords and press Enter.

Peniaga Ditahan Dipercayai Cuba ‘Sogok’ Ketua Jabatan Kerajaan

M Update, 20/01/2021 – Seorang peniaga ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, dipercayai cuba menyogok seorang ketua jabatan kerajaan sebanyak RM2,000, bagi mempercepatkan proses kelulusan penjualan minyak kepada nelayan di Jeti Batu Putih, Sandakan hari ini.

Ketika mengesahkan kejadian pada 15 Jan itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy berkata suspek lelaki berumur lingkungan 50-an itu, ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu selepas ketua jabatan terbabit melaporkan perkara itu kepada SPRM.

“Suspek kini ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut.

“SPRM memuji tindakan ketua jabatan tersebut, yang melaporkan kes rasuah kepada pihak SPRM selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, iaitu kewajipan untuk melaporkan transkasi penyogokan,” katanya.

Karunanithy turut meminta semua penjawat awam di Sabah, supaya tampil membuat laporan dengan SPRM sekiranya terdapat sebarang penyogokan wang rasuah, semasa menjalankan tugas.