Input your search keywords and press Enter.

PKP 2.0 : MAIK Diminta Benarkan 50 Jemaah Solat Jumaat Di Kelantan

M Update, 25/01/2021 – Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan bersetuju agar bilangan jemaah untuk solat Jumaat di negeri itu ditambah kepada 50 orang berbanding 12 sekarang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) dalam masa terdekat.

“Keputusan itu dipersetujui menerusi hasil perbincangan bersama pihak terlibat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan dan kita berharap MAIK akan mempertimbangkan permohonan itu.

“Apa yang penting, setiap individu perlu mengutamakan pematuhan prosedur operasi standard yang ditetapkan memandangkan wabak COVID-19 ini sudah ‘hidup’ dalam masyarakat,” katanya selepas mesyuarat JKKN yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Darul Naim di sini semalam.