Input your search keywords and press Enter.

Pegawai Awam Terpilih Ditugaskan Semula Sebagai ‘Frontliner’ Perangi Covid-19

M Update, 9/2/2021 – Pegawai perkhidmatan awam di seluruh negara akan dikerah untuk penugasan semula ke agensi perkhidmatan perlu atau “essential services” bagi memerangi pandemik Covid-19 yang semakin serius.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, penugasan semula itu bersifat sementara namun wajib untuk mereka yang dipilih melaksanakannya.

Jabatan (Jabatan Perkhidmatan Awam) akan mengeluarkan surat penugasan semula secara sementara dan bertempoh kepada pegawai yang dikenal pasti secara berperingkat bila mana perkhidmatan mereka diperlukan. Penugasan semula besar-besaran melibatkan kakitangan awam dilakukan selepas Malaysia mencatatkan lebih 245,000 kes jangkitan Covid-19 dengan hampir 900 kematian sehingga semalam.

Pekeliling berkenaan tidak menyatakan jumlah pegawai awam yang akan dipilih untuk penugasan semula sementara itu atau bentuk tugasan baharu yang akan diberikan. Bagaimanapun, menurut JPA penugasan semula itu perlu dilakukan bagi “memastikan kelancaran pengurusan darurat Covid-19 secara pantas”.

Terdapat keperluan untuk mengerahkan sumber manusia yang ada bagi tujuan penugasan semula secara sementara ke agensi perkhidmatan perlu (essential services) atau ke mana-mana perkhidmatan atau lokaliti yang difikirkan perlu bagi tujuan menangani darurat Covid-19,

Menurut JPA, penugasan semula itu diperuntukan bawah pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada bulan lalu.

“Selaras dengan Seksyen 4, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, semua pihak perlu mematuhi arahan apabila diminta oleh Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Agong untuk menggunakan apa-apa sumber termasuk sumber manusia, kemudahan, kemudahan, utiliti, dan aset dari mana-mana pihak termasuk dari sumber agensi kerajaan bagi menangani darurat Covid-19, secara segera, efektif dan efisien,” menurut surat JPA bertarikh 26 Jan itu.

Penugasan semula pegawai berkenaan akan dilaksanakan dengan menggunakan perjawatan dan peruntukan kewangan sedia ada “agensi asal.” Urusan perkhidmatan pegawai, pembayaran emolumen serta tuntutan elaun dan kemudahan kekal dilaksanakan dan ditanggung oleh agensi asal.

Dalam surat pekeliling itu juga, JPA mengarahkan ketua jabatan terbabit untuk bersedia melepaskan pegawai yang terlibat dalam kerahan penugasan semula sementara dan memastikan ia tidak menjejaskan perkhidmatan sedia. – FMT