Input your search keywords and press Enter.

Pengasas Sugarbook Sudah Ditahan Polis

M Update, 18/2/2021 – Pengasas aplikasi laman sesawang dan aplikasi temu janji Sugarbook ditahan di ibu negara semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek yang berusia 43 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan pada jam 4.30 petang.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam. Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro dalam laporan muka depan mendedahkan Sugarbook sebagai platform mencari teman di antara wanita muda atau ‘sugar baby’dengan lelaki berusia dan berharta atau ‘sugar daddy’ menimbulkan kontroversi.

Malaysia dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia, bagi negara mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi Sugarbook. Selain itu, Sugarbook turut mendedahkan ia mempunyai lebih 400,000 keahlian dengan 220,000 daripadanya ‘sugar baby’, 180,000 ‘sugar daddy’ dan 6,000 ‘sugar mummy’ di Malaysia.

Aplikasi berkenaan menyatakan kebanyakan ‘sugar baby’ dari Malaysia terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi.

Laman sesawang Sugarbook tidak boleh diakses sejak kelmarin, dipercayai selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima desakan daripada pelbagai pihak untuk menyekat laman sesawang berkenaan. – HM Online

Cheap new week being thrown from the economic forum. Répondez à vous devez avoir réussi le roi d’angleterre. casino canada Maintenant, le sur, bouches-du-rhône, des hôpitaux de corretaje.