M Update, 19/2/2021 – Perodua D55L, model Perodua paling canggih setakat ini kini dibuka untuk tempahan pada harga bermula dari RM62,500.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua D55L adalah model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang menerajui gaya, keselamatan, teknologi, tahap kelengkapan dan juga nilai bagi Perodua.
Ia ditawarkan dalam varian X, H dan AV dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400 di Semenanjung Malaysia.
Antara ciri utama D55L adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA). Terdapat pada semua varian, ASA terkini mampu beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi semasa dan mampu mengesan kenderaan dua-roda.
Turut terdapat pada semua varian adalah “Lane Departure Warning and Prevention”, manakala varian AV didatangkan dengan “Lane Keep Control”, “Blind Spot Monitor”, “Rear Cross Traffic Alert” dan “Adaptive Cruise Control”.
“Dengan kesemua ciri-ciri ini, Perodua D55L adalah model Perodua pertama yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2.
“Selari dengan matlamat kami untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai, Perodua D55L AV adalah kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua.
“Perodua D55L memenuhi trend SUV dengan saiz kompak, gaya kontemporari dan ciri-ciri moden, menjadikannya paling sesuai untuk gaya hidup aktif seharian,” katanya.
Katanya, Perodua D55L juga adalah kenderaan turbo pertama Perodua, selari dengan trend “downsizing” global, dan model Perodua pertama yang menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/liter – terbaik dalam kelasnya.
Clare is now applying her shopping knowledge globally. viagra pills From the best overall mop, to spinning and microfibre, these are the 6 best mops you can buy in Australia right now.