Input your search keywords and press Enter.

Suntikan Vaksin Covid-19 Tidak Membatalkan Puasa

M Update, 16/03/2021 – Orang ramai diminta tidak perlu gusar atau bimbang untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 sepanjang Ramadan, kerana ia tidak membatalkan puasa.

Mana-mana suntikan tidak membatalkan ibadah puasa kerana ia tidak membabitkan rongga terbuka. Malah, ujian swab yang dilakukan di hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.

“Saya akui mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan. Namun saya ingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa seseorang. “Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

– Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad