M Update, 18/03/2021 – Individu yang mengambil kedua-dua suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera, serta lencana imunisasi.
Sijil dan lencana itu bukti individu berkenaan sudah menerima dos vaksin yang lengkap, sekiranya itu menjadi keperluan pada masa depan.
“Hari ini, pemberian dos kedua vaksin COVID-19 akan dimulakan. Kita akan keluarkan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera, dan lencana imunisasi COVID-19. Lencana dan sijil ini menandakan bahawa individu itu sudah menerima dos kedua dan melengkapkan vaksinasi dan boleh digunakan sebagai bukti.
Sijil ini tertera nama dan kad pengenalan penerima vaksin, dan tertulis individu berkenaan disahkan sudah menerima vaksin COVID-19. Selain itu, lencana imunisasi COVID-19 itu tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tertentu.
“Lencana ini ada kod keselamatan. Jadi tak boleh tiru. (Ciri keselamatan diperlukan) kerana akan membabitkan berjuta-juta orang yang menggunakan lencana ini untuk keperluan masa depan,” katanya.
– Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba