Input your search keywords and press Enter.

PRIHATIN SUDAH, PENJANA SUDAH, PERMAI SUDAH, MOH KITA PEMERKASA PULA LAH!

Sejak satu dunia dilanda pandemik Covid-19 ni, tak keterlaluan rasanya jika kita simpulkan yang Malaysia adalah antara negara yang senantiasa mengumumkan pelan-pelan bantuan kepada rakyatnya sendiri. Rasa macam tak berhenti dapat bantuan pun ada! Dari sekecil-kecil Perlis sehinggalah sebesar-besar Sarawak, rakyat daripada pelbagai lapisan kehidupan mendapat manfaat daripada bantuan yang disalurkan oleh kerajaan prihatin ni.

Walaupun ada mulut-mulut nakal netizen dan kaki troll yang sering melabel PM sebagai Bapa Perutusan Khas Negara, tapi setiap perutusan yang dibuat tu bukannya untuk manfaat dirinya sendiri pun, tapi lebih kepada keprihatinan beliau kepada rakyat. Kalau dulu, PM-PM sebelum ni berpeluang untuk bersemuka dan berdepan dengan rakyat jelata, tapi musim Covid ni adalah lebih afdal untuk PM berjumpa secara maya tapi dalam masa yang sama beliau turut memastikan setiap bantuan yang diberi akan sampai ke tangan rakyat yang empunya hak. Kadang-kadang tu jumpa secara bersemuka pun tak menjamin bantuan akan dapat betul ke tangan rakyat yang layak pun kan. Mesti ada punya orang tengah yang perangai macam Tuan Penasihat Kasim Pantalon yang makan komisen 25 persen!

Pada 17 Mac 2021, kerajaan telah melancarkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) bernilai RM20 bilion serta suntikan fizikal baharu yang berjumlah RM11 bilion sebagai sebahagian usaha untuk menyokong proses pemulihan ekonomi negara.

“Negara kita sedang berada pada tahap kelima Strategi 6R (Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalise dan Reform) Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi iaitu ‘Revitalise’ atau memperkasa ekonomi. Pada tahap ini, strategi pemulihan ekonomi ditumpukan kepada usaha untuk merancak dan melonjakkan semula aktiviti ekonomi,” kata PM ketika mengumumkan Pemerkasa hari ini.

Setakat ini, sedar tak sedar kerajaan telah mengumumkan 5 pakej bantuan yang berjumlah RM340 bilion, iaitu PRIHATIN sebanyak RM250 bilion, PRIHATIN PKS RM10 bilion, PENJANA RM35 bilion, Kita PRIHATIN RM10 bilion, PERMAI RM15 bilion dan PEMERKASA RM20 bilion.

PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan. Berikut merupakan 20 inisiatif PEMERKASA yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Inisiatif pertama: Program Imunisasi COVID-19
Inisiatif kedua: Tiada lagi pelaksanaan PKP menyeluruh
Inisiatif ketiga: Penguatkuasaan perundangan yang ketat dan telus
Inisiatif keempat: Pelaksanaan projek-projek kecil seluruh negara
Inisiatif kelima: Geran Khas Prihatin 3.0
Inisiatif keenam: Kemudahan Mikro Kredit
Inisiatif ketujuh: Pengekalan pekerjaan dan insentif penggajian
Inisiatif kelapan: Merangsang semula sektor pelancongan dan peruncitan
Inisiatif kesembilan: Mengurangkan beban syarikat dan memperkasa koperasi
Inisiatif ke-10: Mengukuhkan persekitaran perniagaan
Inisiatif ke-11: Automasi dan digitalisasi
Inisiatif ke-12: Mengurangkan jurang digital
Inisiatif ke-13: Menggalakkan pelaburan dan pasaran eksport
Inisiatif ke-14: Menggalakkan pembiayaan mampan
Inisiatif ke-15: Bantuan kehilangan pendapatan
Inisiatif ke-16: Menambah baik program bantuan rentan
Inisiatif ke-17: Prihatin wanita
Inisiatif ke-18: Prihatin OKU
Inisiatif ke19: Prihatin belia
Inisiatif ke-20: Penerusan subsidi bagi meringankan kos sara hidup

Bila dah habis baca ni maka betul tak pernyataan bahawa negara kita ni melalui kepimpinan kerajaan telah diizinkan Allah untuk dilimpahi rahmat dan kurniaan rezeki sehingga mampu untuk membantu rakyat meskipun sedang berjuang melawan krisis kesihatan yang sudah menginjak ke angka setahun ni? Bersyukurlah kita dikurniakan pemimpin yang bukan hanya mampu memberi kita 30 ringekkkk sahaja, malah lebih daripada itu! Boleh bayangkan tak jika kita masih di tampuk pemerintahan terdahulu yang mengamalkan konsep penjimatan terlampau sehingga semua benda dipotong dan dicincang? Allahu minta jauh lah!

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update