Input your search keywords and press Enter.

ATM Siap Siaga Ugutan Korea Utara

M Update, 24/03/2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan tahap kesiapsiagaan terutama berkaitan keselamatan siber susulan kenyataan berbaur ugutan dikeluarkan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song.

Pertamanya ATM akan memastikan negara ini selamat dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan Menurutnya, ancaman di zaman ini bukan sahaja berbentuk fizikal tetapi turut berkaitan keselamatan siber. Kita akan buat pemerhatian terutama dalam keselamatan siber dan akan buat yang terbaik yang mana pasukan kami bekerja keras. Matlamat ATM akan memastikan semua selamat dalam segala sudut. – Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang

Beliau mengulas kenyataan Yu-Song yang mengatakan Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan itu apabila mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya. Terdahulu, Pyongyang mengumumkan pihaknya menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, selepas mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973, serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdagangan hinggalah pada 2017, apabila Kim Jong-nam iaitu abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia. – HM Online