Input your search keywords and press Enter.

Barisan Pertahanan Diperkasa

M Update, 27/2/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu memperkasakan dan menambah bilangan kekuatan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando VAT 69 bagi menangani serta memerangi jenayah di negara ini.

Setakat ini, FRU memiliki kekuatan seramai 2,500 anggota termasuk dua pegawai dan 88 anggota wanita pelbagai pangkat.

Cadangan itu sudah dikemukakan kepada kerajaan untuk menambah anggota FRU di Sabah dan Sarawak selain mahu membesarkan unit berkaitan membabitkan anggota wanita di Johor dan Pulau Pinang.

Kertas cadangan itu dihantar pada 2017. Ia bukan sahaja terhad kepada pembesaran FRU, tetapi turut membabitkan UTK dan Komando VAT 69.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply