Input your search keywords and press Enter.

‘Maklumat Yang Tular Itu Tak Betul’

M Update, 05/04/2021 – Maklumat kematian anggota polis yang bertugas di pondok polis di sini kononnya akibat komplikasi suntikan dos kedua vaksin Covid-19 adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Mahmood berkata, maklumat itu tidak betul, sebaliknya anggota polis berkenaan, Korperal Rakmin Yusoff, 58, dimaklumkan stabil di Hospital Taiping.

“Maklumat yang tular itu tak betul. Sekarang ini dia sedang berada di Hospital Taiping dan telah pun stabil,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Sebelum itu, tular berita mengatakan anggota berkenaan yang bertugas di Pondok Polis Lawin, dekat sini dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Gerik akibat komplikasi suntikan vaksin dos kedua semalam sebelum dihantar ke Hospital Taiping. Katanya, pihaknya sedang menyiasat berita palsu itu yang tular yang boleh meresahkan orang ramai.

Sementara itu, isteri anggota terbabit, Rosni Mohammad ketika dihubungi melalui telefon berkata, dia tidak mahu mengulas mengenainya, sebaliknya meminta supaya pihak polis yang memberikan laporan. – HM Online