Input your search keywords and press Enter.

Polis Siasat Borang Rentas Negeri Guna Tandatangan Palsu

M Update, 08/04/2021 – Satu kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran penyalahgunaan borang rentas negeri yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati tandatangan, Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohd. Ramizan Ramli telah dipalsukan dalam borang rentas negeri yang tular berkenaan.

“Borang rentas negeri ini telah diberikan seorang wanita untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur bagi tujuan menghadiri temuduga bagi mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April. Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakuian pemalsuan dengan niat hendak menipu telah dibuka,” katanya kepada Kosmo!.

Hanyan menambah, kes tersebut juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Terdahulu, seorang wanita bertindak memuat naik borang rentas negeri milik Balai Polis Chukai masih kosong yang kononnya telah ditandatangani Ketua Polis Balai Chukai pada status akaun media sosialnya. Ia kemudiannya menjadi tular dan mencetuskan kemarahan netizen kerana penyalahgunaan borang rentas negeri berkenaan. – K! ONLINE