Input your search keywords and press Enter.

Polis Teliti semula kompaun RM50,000

M Update, 27/04/2021 – Polis Kelantan akan meneliti semula kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap peniaga burger di Kampung Rambutan Rendang, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata pihaknya membuka kertas siasatan dan akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK).

Katanya, pihak polis akan melihat dari semua aspek termasuk kewajaran serta rungutan daripada masyarakat mengenai jumlah kompaun yang dikenakan.

Seterusnya akan merujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk nasihat dan pandangan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini. – BH Online