Input your search keywords and press Enter.

Jemaah Umrah Wajib Ada Insurans COVID-19

M Update, 03/05/2021 – Warga asing yang datang ke Arab Saudi dengan visa umrah, lawatan dan pelancongan diwajibkan mempunyai perlindungan insurans terhadap risiko jangkitan COVID-19.

Bank Pusat Arab Saudi dan Majlis Insurans Kesihatan Koperasi mengumumkan semalam mengenai keperluan untuk mengemas kini format polisi insurans dalam hal ini dengan menambahkan liputan untuk risiko jangkitan COVID-19.

Portal berita Saudi Gazette melaporkan penambahan syarat itu bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk bukan warganegara Arab Saudi dari luar negara untuk tujuan pelancongan, lawatan dan umrah sekiranya mereka dijangkiti virus berkenaan.

Ini adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak selain memastikan akses yang cepat dan mudah dalam mendapatkan rawatan.

Perlindungan insurans merangkumi kos rawatan orang yang dijangkiti, kos prosedur kuarantin dan pemindahan perubatan dalam keadaan kecemasan. – AGENSI