Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Langit Pun Boleh Give Up Dengan Perangai Rakyat Malaysia!

Seperti yang diduga, kluster aidilfitri atau kluster raya semakin hari semakin bertambah akibat kedegilan rakyat Malaysia yang menyalahgunakan kebenaran merentas daerah dan negeri untuk melakukan aktiviti kunjung mengunjung sempena aidilfitri. Setakat ini, lebih 5 kluster aidilfitri telah disahkan oleh KKM dengan jumlah jangkitan hampir 500 orang! 2 minggu selepas hari raya ni KKM menjangkakan lebih banyak lagi kluster aidilfitri yang bakal masuk ke dalam statistik, memburukkan lagi keadaan negara dan hospital yang sudah masuk fasa kritikal.

Semalam KKM melaporkan bahawa kluster hari raya sudah mula mengganas dan memakan korban. KKM memuatnaik status seperti di bawah:

Hari ini merupakan hari ke 14 Syawal iaitu 2 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri disambut oleh umat Islam seluruh negara.
Sehingga 13 Syawal atau 25 Mei 2021:

  • 12 kluster komuniti (sub-kluster hari raya) dikesan
  • melibatkan tujuh (7) buah negeri
  • menjangkiti 470 kes COVID-19
  • 2,541 kes telah disaring
  • satu (1) kes telah disahkan meninggal dunia melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor
  • dua (2) kes ICU melibatkan Kluster Simpang Sahari di WP Labuan

Jumlah ini dijangka akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri.

Jelas di sini bahawa apa yang diciap dan dilaungkan oleh netizen Malaysia di Twitter dan medsos lain berkenaan kerajaan gagal tu semua hanyalah omong-omong kosong kerana yang gagal menjaga nafsu dan perangai ialah rakyat Malaysia sendiri. Kita telah diingatkan berkali-kali semasa bulan puasa tempohari supaya menjaga SOP dan lakukan lockdown kendiri untuk jaga keselamatan diri dan keluarga. Kita juga ditegah untuk melakukan ziarah hari raya dan merentas negeri serta daerah kerana kemungkinan untuk menjangkiti ibu bapa di kampung sangatlah tinggi. Tapi semua itu kita langgar kan? Ramai je yang ziarah hari raya dan tangkap gambar beramai-ramai tapi takut nak upload di medsos sebab takut kena kecam. Tapi data dan sains tak menipu ye. Nak menipu KKM pun akhirnya kantoi dengan sendirinya. Sebab lepas dah enjoy dengan aktiviti kunjung mengunjung ni ramailah yang dihantar ke hospital kerana jatuh sakit dan akhirnya disahkan positif Covid. Masa tu nak menyesal pun tiada gunanya.

Bila dah jadi macam ni memang sah-sahlah kita tak patut meletakkan tanggungjawab ke bahu kerajaan sahaja. Dengan perangai rakyat yang degil ni, kerajaan langit Ayah Pin pun boleh fed up dan give up nak melayan macam-macam karenah dan tipu daya rakyat. Tu belum kira lagi yang lari dari terima vaksin. Bayangkanlah kerajaan dah keluarkan berbillion duit untuk beri vaksin pada rakyat, bila tiba hari yang dijanjikan mereka ni semua boleh missing in action. Bukan sikit pula tu, di Kedah ada 10 ribu yang tidak hadir, sama juga jumlahnya di Kelantan. Apa lagi nak dikata wahai rakyat Malaysia?

**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update