Input your search keywords and press Enter.

Siaran Langsung Aksi Harimau Malaya Malam Ini

M Update, 28/05/2021 – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Harimau Malaya dan Bahrain di Manama, malam ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 dan ASTRO Arena.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan malam tadi berkata perlawanan tahap 1 itu akan bermula jam 7.30 malam waktu Bahrain bersamaan 12.30 tengah malam waktu Malaysia.

Aksi persahabatan skuad kebangsaan ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan depan.

Sebelum ini dalam aksi persahabatan terakhir, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe tewas 1-4 kepada Kuwait manakala Bahrain terikat 1-1 menentang Ukraine. – HM Online