Selama ni warga Twitter yang penuh dengan Gen Z dan bermazhab TikTok ni sibuklah meratib tentang kerajaan gagal malah mereka berusaha untuk pastikan tanda pagar #KerajaanGagal trending di Malaysia. Tapi hari ni terbukti yang gagal sebenarnya adalah rakyat kerana gagal dan ingkar untuk mengikuti SOP sehingga kes harian Covid-19 di Malaysia sudah mencecah 8000 kes! Menurut DG kita Tan Sri Dr Noor Hisyam, angka ini akan naik lagi dalam dua tiga minggu ini susulan kluster raya dan rakyat diminta bersiap sedia untuk kemungkinan terburuk. Berikutkan peningkatan kes ini, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Total Lockdown dan penutupan semua sektor ekonomi dan sosial setelah sedar ramai betul rakyat yang degil dan ingkar, masih keluar rumah walaupun tiada urusan penting. Ini juga diburukkan dengan aktiviti ziarah hari raya yang masih berterusan hingga kini.
Kita ingatkan sebaik kerajaan mengumumkan berkenaan total lockdown ini, rakyat akan kekal duduk di rumah lah. Tapi sebaliknya berlaku ya Tuan-tuan dan Puan-puan. Pada hari ini, Sabtu 29 Mei 2021, telah tular banyak gambar tentang lingkaran manusia yang beratur di hadapan pasaraya-pasaraya untuk membuat pembelian panik atau panic buying. Sejarah berulang kembali apabila nampak gayanya rakyat masih tak insaf dan berpusu-pusu membeli-belah padahal pasaraya, klinik dan farmasi sudah pastilah dibuka ketika PKP penuh ni. Kalau masa PKP 1.0 tu kita masih lagi selamat sebab kes belum melambung lagi. Sekarang ni kes dah banyak dan virus pun dah bermutasi serta airborne. Sudah tentu yang keluar rumah ni pasti terdedah dengan bahaya.
Ini juga diburukkan dengan tangkap layar dari pihak pengurusan lebuhraya yang menunjukkan beratus-ratus kenderaan yang menghala pantai timur dan selatan. Apa sudah jadi ni rakyat Malaysia? Dah tau bahaya untuk balik kampung, masih nak balik kampung lagi ke? Kluster raya baru muncul, masih nak tambah kluster cuti sekolah pula? Tak kesian ke dekat ibu bapa di kampung tu? Mungkin mereka masih selamat semasa aidilfitri, tapi sekarang tak tentu lagi mereka tidak akan kena Covid yang dibawa dari bandar kan?
Dengan tularnya gambar-gambar tersebut barulah warga maya di Twitter khasnya ada akal sikit untuk berfikir yang sebenarnya gagal untuk mengawal diri ialah rakyat Malaysia sendiri. Terus tanda pagar #RakyatGagal trending di Twitter buat pertama kali dan penulis memang bersetuju dengan # ni. Dah berbulan kita dok berletiaq tentang sikap rakyat namun ramai yang tak percaya dan in denial. Maka hari ni rakyat sendiri sedar akan buruknya perangai rakyat yang tak boleh kawal diri ini.
Jomlah rakyat Malaysia kita bermuhasabah diri dan duduk sahaja di rumah untuk menyelamatkan nyawa sendiri dan keluarga.
**Artikel ini adalah pendapat individu dan tidak semestinya mewakili pendirian M-Update