Input your search keywords and press Enter.

Pakej Pemulih: Pengguna Nikmati Diskaun Bil Elektrik 40 Peratus Selama 3 Bulan

M Update, 29/06/2021 – Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) memperincikan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Seramai 2.9 juta pengguna domestik di Semenanjung yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200 kilowatt jam (kWj) akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 40 peratus. Katanya, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan antara 201 hingga 300kWj pula akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus, penggunaan elektrik di antara 301 hingga 600kWj (diskaun 10 peratus) dan penggunaan elektrik di antara 601 hingga 900kWj (lima peratus).

“Diskaun ini akan diberikan bagi bil elektrik bulan Julai, Ogos dan September ini,” katanya dalam kenyataan.

Diskaun itu antara inisiatif bantuan menerusi pakej Pemulih yang bernilai RM150 billion diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, untuk meringankan beban rakyat berikutan pendemik Covid-19.

Bagi pengguna elektrik bukan domestik di Semenanjung pula, diskaun diberikan lima peratus bagi kategori tarif komersial, industri dan pertanian di bawah voltan rendah, manakala pengguna elektrik dalam enam sektor perniagaan terpilih dalam inisiatif PEMERKASA Plus akan terus menerima diskaun 10 peratus bagi tempoh yang sama. – Menterinya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah