Input your search keywords and press Enter.

Tiga Pelajar Malaysia Terpilih Lanjut Pelajaran Di Akademi Tentera AS

M Update, 16/5/2019 – Tiga alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menjadi rakyat Malaysia terbaharu terpilih bagi melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Amerika Syarikat (AS).

Ketiga-tiga pelajar berkenaan baharu menamatkan pengajian di peringkat asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), tahun ini. Mereka adalah Muhammad Aniq Hilman Haslimi – alumni MRSM Baling, Mateshan Varma Subramaniam dan Grace Sian Ern Hui – masing-masing alumni MRSM Parit.

Kesemua mereka merupakan antara 100 calon yang perlu memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia, lulus Australian English Test dan temu duga oleh pihak UPNM dan pegawai dari Amerika Syarikat, selain perlu mempunyai standard fizikal dan ketahanan diri yang mampan. Perkara ini menjadi satu kebanggaan buat semua netizen serta memberi inspirasi kepada semua pelajar MRSM. Seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Mara mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang diperolehi,” kata Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu kenyataan. – Astro Awani

Leave a Reply