Input your search keywords and press Enter.

Keputusan Beri Vaksin Comirnaty Kepada Individu 12 Tahun Ke Atas Diumumkan Hari Ini

M Update, 02/07/2021 – Keputusan berhubung pemberian vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada individu berusia 12 tahun ke atas, akan diumumkan, hari ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata ia akan dimaklumkan dalam kenyataan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

“Semalam, kita telah membuat keputusan bersama Menteri Kesihatan bagi individu berusia 12 tahun ke atas. Ia akan dimaklumkan dalam kenyataan bersama kerana ada beberapa isu teknikal sedang dikemas kini.

Mengenai selang masa pemberian vaksin Comirnaty pula, ia masih kekal tiga minggu.

Semalam, kerajaan dilapor sedang mempertimbangkan semula keputusan sama ada membenarkan golongan remaja menerima vaksin COVID-19 Comirnaty. Ia susulan risiko keradangan pada jantung, iaitu miokarditis dan perikarditis, seperti yang dilaporkan di Amerika Syarikat, United Kingdom serta Singapura.