Input your search keywords and press Enter.

Satu Juta Dos Vaksin Pfizer Dari AS Selamat Tiba

M Update, 05/07/2021 – Satu juta dos vaksin jenis Pfizer selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 8.12 pagi tadi.

Foto Twitter Hishammuddin

Vaksin sumbangan Amerika Syarikat (AS) itu dibawa menaiki pesawat Raya Airways TH 384.

Turut bersama menyambut ketibaan vaksin berkenaan ialah Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 (PICK), Khairy Jamaluddin; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters.

Foto Twitter Hishammuddin

Terdahulu, Hishammuddin dilaporkan berkata, sumbangan itu akan membantu meningkatkan lagi proses vaksinasi dan membawa perkembangan bermakna terhadap PICK yang kini sedang dilaksanakan di Malaysia.

Foto Twitter Hishammuddin

Katanya, Malaysia amat menghargai sokongan Amerika Syarikat melalui kedutaannya di Kuala Lumpur sejak pandemik melanda tahun lalu, termasuk sumbangan dalam bentuk kelengkapan perubatan, set perlindungan diri (PPE) serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bernilai AS$250,000 (RM1.04 juta).

Foto Twitter Hishammuddin