Input your search keywords and press Enter.

PPV IDCC Shah Alam Dibuka Semula Esok

M Update, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan dibuka semula esok selepas ditutup sehari pada Selasa susulan 204 petugas di PPV itu disahkan positif COVID-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, orang ramai tidak perlu risau untuk hadir ke PPV berkenaan memandangkan langkah keselamatan termasuk sanitasi sudah dijalankan.

Mengulas dari mana semua petugas di PPV itu mendapat jangkitan, Khairy memaklumkan agak sukar untuk memastikannya buat masa ini.