M Update, 21/07/2021 – Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) mencadangkan supaya kanak-kanak golongan rentan di negara ini, diberikan suntikan vaksin Pfizer.
Berkongsi laporan itu di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia termasuk remaja berusia 12 hingga 15 tahun yang mengalami kecacatan saraf, sindrom down, imunosupresi dan masalah pembelajaran layak mendapat vaksinasi.
“Vaksin sama turut disyorkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja 12 hingga 15 tahun yang tinggal bersama individu mempunyai masalah imunisasi. Ia bagi melindungi individu itu daripada berisiko mendapat penyakit serius daripada Covid-19 dan mungkin tidak dapat menghasilkan tindak balas imunisasi sepenuhnya kepada vaksinasi,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, JCVI tidak mengesyorkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang mempunyai tahap kesihatan baik.
Sebelum ini, remaja berusia 16 dan 17 tahun yang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 sudah ditawar mendapatkan suntikan vaksinasi. – BH Online