Input your search keywords and press Enter.

Tidak Cadang Wajibkan Vaksin COVID-19 – KJ

M Update, 29/07/2021 – Kerajaan tidak bercadang mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat selaras dengan kebebasan program vaksinasi yang lain dalam dasar kesihatan awam.

Perkara itu dinyatakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menjelaskan semua vaksinasi yang lain tidak diwajibkan dan diambil secara sukarela.

“Kerajaan tidak mahu sampai memaksa orang ramai mengambil vaksin tetapi berharap kemudahan dan kebebasan dapat diberikan kepada mereka yang sudah lengkap vaksin. Kemudahan yang akan diberikan kepada mereka yang sudah lengkap vaksin akan diumumkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).Disyorkan Untuk Anda

“Kita harap dengan kemudahan (kebebasan) ini, akan menarik mereka yang enggan berdaftar atau menerima vaksin ini. Mungkin mereka akan terpanggil apabila melihat orang yang sudah lengkap vaksin diberikan kemudahan nanti,” katanya dalam penggulungan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) mengenai cadangan supaya mewajibkan semua rakyat mendapatkan vaksin. – BH Online