Input your search keywords and press Enter.

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat Covid-19

M Update, 19/08/2021 – Seorang gadis yang pernah tular sebelum ini kerana mengalami masalah berat badan dikenali sebagai Wani Comel disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam tadi.

Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Kawan baik Wani Comel iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah juga meninggal dunia pada hari yang sama kira-kira pukul 4.40 pagi semalam akibat jangkitan yang sama.

Kisah sedih itu telah dikongsi di laman Instagram @wanicomel20, apabila ibu kepada Putri Nur Rabiatul memuat naik satu hantaran memaklumkan tentang perkara itu.

“Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 pm tarikh 18 Ogos 2021.

“Wani pergi di hari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid-19. It is easy to play and use, offers a wide selection of low and high stake keno games and is also known for the high payout rates offered by the https://clickmiamibeach.com/ casino. Allahuakbar Allahuakbar.

“Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama. Saya mohon pada semua rakan-rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” tulisnya.

Kosmo! difahamkan Wani juga telah menerima vaksin lengkap kira-kira seminggu lalu.

Gadis itu, Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Wani Comel, 23, mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Menurut Wani, dia telah didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos tahun lalu untuk melantik dirinya sebagai duta sebuah produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.-K! ONLINE