Input your search keywords and press Enter.

PM Tiba Di Istana Abdulaziz, Dijangka Persembah Senarai Kabinet

Malaysia’s Prime Minister-designate and former Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob waves to reporters before his inauguration as the 9th prime minister, in Kuala Lumpur, Malaysia August 21, 2021. Malaysia Information Department/Famer Roheni/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS – THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES. MANDATORY CREDIT

M Updat, 26/08/2021 – Kenderaan membawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Abdulaziz, sebentar tadi.

Ismail Sabri sempat membuka tingkap kereta dan melambai kepada petugas media. Difahamkan, kehadiran Perdana Menteri itu bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri.

Petugas media dan polis mula berkumpul di pintu utama istana di sini seawal jam 9 pagi tadi.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Jumaat lalu, tumpuan terarah kepada mereka yang bakal menyertai barisan Kabinet dalam pentadbiran Ismail Sabri.

Pemerhati politik berpendapat, Ismail Sabri dijangka tidak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan senarai nama barisan Kabinetnya disebabkan negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19. Beliau memerlukan pasukan yang mantap kerana di bahu mereka tergalas tanggungjawab besar untuk membawa keluar negara daripada pandemik, menangani masalah ekonomi serta kesejahteraan rakyat yang terjejas. – BH Online