Input your search keywords and press Enter.

Inisiatif Bantuan Kediaman Untuk Golongan Terkesan Pandemik COVID-19


M Update, 02/09/2021 – Kerajaan akan menyediakan kediaman bagi golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 pada kadar sewa paling minimum untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Katanya beliau akan mengumumkan maklumat lanjut berhubung inisiatif bantuan kediaman untuk penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19 itu pada Isnin ini, yang merupakan antara fokus utama beliau apabila menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Beliau berkata pandemik COVID-19 memberi impak besar pada sudut ekonomi rakyat hingga ada yang hilang pekerjaan, tidak mampu menampung perbelanjaan harian serta membayar sewa kediaman dan antara mereka ialah golongan penjaja, peniaga kecil dan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Bukan sahaja kehilangan kerja malah hilang kediaman apabila tidak mampu bayar sewa,” katanya pada sidang media pertama di sini hari ini setelah dilantik ke jawatan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu lepas. Reezal Merican memulakan tugas secara rasmi di KPKT semalam. – Bernama