Input your search keywords and press Enter.

Tiada Kes Kematian Akibat Vaksinasi Covid-19: Khairy

M Update, 02/09/2021 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa setakat ini tiada kes kematian yang dikaitkan secara langsung dengan vaksinasi Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya telah melaksanakan pemantauan yang rapi terhadap kes kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) bagi memastikan vaksin yang diberi selamat, malah tidak mengundang kemudaratan.

“Sehingga hari ini, saya ingin menegaskan bahawa tidak ada satu pun kes kematian yang telah menunjukkan kaitan langsung dengan vaksinasi. Tetapi untuk melegakan hati rakyat, saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, kita akan keluarkan data lengkap mengenai AEFI minggu depan,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian pada Rabu.

Khairy berkata, sebanyak 0.04 peratus daripada 1,000 dos vaksin diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mengalami kesan sampingan AEFI. – SH Online