Input your search keywords and press Enter.

Perkeso Bakal Lindungi Suri Rumah Mulai Tahun Depan

M Update, 03/09/2021 – Mulai tahun hadapan, golongan suri rumah akan mendapat pembelaan daripada kerajaan apabila mereka ditimpa musibah atau kejadian tidak diingini melalui skim caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Inisitiaf itu merupakan insiatif kerajaan selepas memperkenalkan i-Suri untuk carumah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan itu, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Pengenalan skim itu, kata beliau, bagi merangka peluasan konsep jaringan keselamatan sosial khusus bagi membela nasib golongan suri rumah.

Menurut Saravanan, di bawah program itu juga, kerajaan akan membayar caruman kira-kira 150,000 wanita dalam golongan B40 yang berdaftar di bawah e-Kasih.

Beliau berkata, mereka yang tidak berada di dalam kategori itu juga boleh menyertai dengan carumansebanyak RM120 setahun atau RM10 sebulan.

“Kita akan beri caruman jaringan keselamatan kepada golongan ibu yang di rumah sebab dalam keadaan kelembapan ekonomi, saya lihat apabila suami tak bekerja, isteri menghadapi penyakit kronik, mereka tidak mampu untuk memberi perubatan yang sewajarnya. “Maka inilah waktu dan masa yang kita perlu betul-betul bantu bagi jaringan keselamatan kepada kaum wanita, khususnya mereka yang berada di rumah,” jelas Saravanan kepada wartawan ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

Saravanan berkata, program itu dirancang untuk dimulakan pada Januari depan dan merupakan antara 20 program berimpak tinggi yang disasarkan kementerian dalam masa 100 hari kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Astro Awani