Input your search keywords and press Enter.

Perkhidmatan Acryl Sani Sebagai KPN Dilanjutkan 2 Tahun

M Update, 29/09/2021 – Perkhidmatan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) akan dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak, selepas beliau bersara wajib pada awal bulan depan.

Acryl Sani, 59, akan dilantik secara kontrak bermula 4 Oktober ini hingga 3 Oktober 2023.

Pelantikan beliau itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Polis Negara disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, di Bukit Aman, hari ini. – BH Online