Kejadian kepala air di kawasan peranginan di Bukit Wang, di sini, bukan yang terbaharu, malah kejadian sama turut berlaku di pusat peranginan di Lata Bayu, Baling, dua hari lalu.
Sebanyak 18 lokasi di negeri ini dikenal pasti berisiko berlaku kejadian kepala air terutama ketika musim hujan – Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain
Antara lokasi itu termasuklah kawasan pusat peranginan Titi Hayun di Yan, selain kawasan air terjun di Junjung di Kulim, Pusat Rekreasi Tupah di Merbok Sungai Petani, Air Terjun Batu Hampar di Yan, Air Terjun Temurun, Jalan Datai di Langkawi, Hutan Lipur Lubuk Semilang di Langkawi.
Selain itu, Hutan Lipur Puncak Janing di Kuala Nerang, Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi, Sungai Kuala Sedim di Kulim, Air Terjun Ulu Paip di Kulim, Air Terjun Bukit Hijau di Baling, Air Terjun Lata Bayu di Baling, Air Terjun Lata Mengkuang di Sik, Perangin di Sik, Tasik Beris di Sik, Sungai Kulim, Lata Celak Iboi di Baling.
Dua lagi lokasi tumpuan ramai iaitu di, Sungai Ketil di Baling dan Sungai Empangan Pedu di Kuala Nerang serta Bukit Wang di Jitra.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengunjungi kawasan peranginan pada waktu ini kerana dimaklumkan cuaca hujan bermula pada 3 November sehingga hujung bulan ini. Tangguh dahulu mengunjungi kawasan peranginan terutama kawasan air terjun atau sungai untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.