Input your search keywords and press Enter.

Dasar Percukaian Negara Tidak Seharusnya Membebankan Pembayar Cukai

M Update, 01/08/2023 – Prinsip asas pelaksanaan dasar percukaian negara ialah mengenakan cukai apabila ia sangat perlu dan tidak menjadi beban kepada pembayar cukai.

Hal ini kerana kerajaan amat menitikberatkan kesejahteraan rakyat menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan cukai yang dikutip dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan. Menurut beliau, percukaian itu perlu, tetapi kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai secara berlebihan dan membebankan rakyat.

Katanya, hasrat kerajaan adalah menggalakkan pembayar cukai lebih produktif dan menyumbang kepada negara.

Beliau akan berhubung dengan LHDN untuk mendapatkan input dan cadangan mereka bagaimana secara berkesan melaksanakan beberapa pelarasan dasar atau memperkenalkan langkah cukai baharu berlandaskan prinsip asas dasar kita dengan mengenakan cukai apabila sangat perlu dan bukan menjadi beban kepada pembayar cukai.