Input your search keywords and press Enter.

Rt COVID-19 Kekal Melepasi 1.00

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 negara kekal berada pada bacaan 1.05 selama dua hari berturut-turut.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter rasminya hari ini, Putrajaya masih merekodkan kadar Rt tertinggi iaitu 1.20.

Negeri lain yang mencatatkan kadar Rt melebihi 1.00 ialah Selangor (1.04), Kelantan (1.01), Kuala Lumpur (1.05), Negeri Sembilan (1.02) dan Pahang (1.02).

Sementara itu, negeri lain yang mencatatkan Rt atas 0.90 ialah Terengganu (0.92), Perak (0.95), Kedah (0.97), Melaka (0.97), Johor (0.99), Pulau Pinang (0.97) dan Sabah (0.98).

Hanya Sarawak mencatatkan bacaan Rt terendah iaitu 0.86 diikuti Perlis 11 kes dan Labuan 17 kes.

Sumber : BH