Input your search keywords and press Enter.

Kapten Mohamad Affendi Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM

Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang meninggal dunia dalam nahas pesawat Hawk malam tadi adalah penerima Anugerah Green Endorsement TUDM minggu lalu.

Anugerah itu sebagai pengiktirafan kerana berjaya melakukan tindakan yang membolehkan pesawat berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Ia disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Subang Jaya, Selangor.

Berdasarkan laporan di portal rasmi TUDM, Mohamad Affendi menerima anugerah itu menerusi anugerah inovasi TUDM.