Input your search keywords and press Enter.

TUDM Jalankan Siasatan Nahas Pesawat Hawk

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth malam tadi.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan, berkata siasatan akan menjurus kepada aspek teknikal ke atas nahas.

Dalam kejadian jam 10.07 malam tadi, seorang juruterbang maut, manakala seorang lagi cedera selepas pesawat pejuang Hawk milik TUDM terhempas.

Juruterbang yang maut dikenali Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar kini menerima rawatan di HSJ dan dilaporkan stabil.

Dalam kejadian itu, juruterbang berkenaan sedang melakukan latihan penerbangan.

Sumber : BH