Input your search keywords and press Enter.

𝐊𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐍𝐚𝐡𝐚𝐬 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐰𝐤 𝟏𝟎𝟖 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧

Kebajikan keluarga kedua-dua pegawai yang terlibat nahas pesawat Hawk 108 akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk bantuan melalui Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN).


Bantuan daripada tabung berkenaan diuruskan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan (Mindef) – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Anggota penerima benefisiari layak menerima bantuan TAPPN, sekiranya diperakui oleh Ketua Jabatan tercedera atau meninggal dunia ketika menjalankan tugas aktif dan kecederaan atau kematian tersebut bukan berpunca daripada kecuaian atau salah laku anggota.


Lembaga Siasatan Khas telah diwujudkan bagi mengenal pasti secara terperinci punca kemalangan berkenaan, dan memaklumkannya kepada saya serta orang awam dari masa ke masa.


Siasatan menyeluruh mengambil kira faktor operasi dan latihan serta perihal teknikal akan dijalankan secepat mungkin.


Kemalangan ini menyebabkan Kapt Mohamad Affendi Bustamy yang merupakan juruterbang di No. 6 Skuadron Pangkalan Udara Labuan dan berasal dari Bandar Tun Razak, Pahang meninggal dunia, manakala Mohd Fareez yang merupakan Ketua Flait Penerbangan di No. 15 Skuadron yang berasal dari Dengkil, Selangor telah mengalami kecederaan.

Sumber : Bernama