
Seramai 2,589,925 individu atau 82.3% daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, 95.6% atau 22,390,580 individu dewasa telah lengkap vaksinasi, manakala 97.8% atau 22,914,289 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, setakat semalam.
Sumber : Bernama