Input your search keywords and press Enter.

Pembukaan Semula Sekolah Legakan Ibu Bapa & Pelajar

Pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka di empat negeri (Perak, Perlis, Pulau Pinang & Sabah) mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini, memberi kelegaan kepada ibu bapa.

Rata-rata ibu bapa teruja dengan pembukaan itu berikutan Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah telah memasuki Fasa Empat PPN sejak dua minggu lepas susulan penurunan kes positif COVID-19 yang dilihat sebagai hasil kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Bagi pelajar pula, mereka berharap sesi persekolahan bersemuka akan berterusan kerana lebih berkesan dalam aspek pemahaman berbanding Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum ini.

Diharapkan semua ibu bapa, pelajar dan pihak sekolah dapat mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.