Input your search keywords and press Enter.

Kru kapal TLDM Cetus Kluster Lautan Biru Pantai

Kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijangkiti COVID-19 mencetuskan satu lagi kluster baharu di Sabah, Kluster Lautan Biru Pantai.

Kluster yang diklasifikasi sebagai institusi pertahanan itu membabitkan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau – Datuk Masidi Manjun

Kes indeks adalah kru kapal lelaki yang berlepas dari TLDM Lumut Perak pada 27 Oktober lalu, yang mana dalam saringan COVID-19 sebelum berlepas ke TLDM Sepanggar, kes indeks serta semua kru kapal didapati negatif.

Pada 1 November lalu, kapal tiba di TLDM Sepanggar dan selepas menjalani operasi selama seminggu, kapal kemudian berangkat ke Sandakan dan Tawau sebelum kembali semula ke TLDM Sepanggar pada 18 November 2021.

Semasa persinggahan, kes indeks dikesan positif COVID-19 menerusi saringan bergejala di Sandakan, manakala satu kes lagi dikesan di Tawau melalui saringan kendiri dan telah menjalani kuarantin di daerah masing-masing.

Setibanya kapal itu di TLDM Sepanggar, didapati tiga kes positif hasil saringan bergejala.

Saringan menyeluruh kemudian dijalankan terhadap 134 kru kapal dan mendapati 93 kes positif COVID-19 sebagai jumlah kumulatif termasuk 91 kes yang dilaporkan hari ini.

Sumber : BH