Input your search keywords and press Enter.

COVID-19: Kadar kebolehjangkitan kekal 0.99

Kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia semalam kekal 0.99 untuk dua hari berturut-turut.Sebanyak 12 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.Berdasarkan infografik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitternya, antaranya Labuan (1.19), Putrajaya (1.17), Kuala Lumpur (1.06), Melaka (1.06), Selangor (1.04) dan Pahang (1.03).

Ini diikuti Kedah (1.03), Johor (1.02), Perak (1.02), Pulau Pinang (0.99) serta Sabah (0.99).Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan pula ialah Kelantan (0.98), Terengganu (0.99), Negeri Sembilan (0.98), Perlis (0.93) dan Sarawak (0.80).

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sumber : Awani