Input your search keywords and press Enter.

VTL Darat – Larkin Sentral Dah Bersedia

Terminal Bas Larkin Sentral bersedia beroperasi bagi menyambut pengembara yang tiba melalui Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL) darat, bermula Isnin ini 29 November 2021.

Persediaan yang sudah mencapai 90 peratus itu merangkumi fasiliti ruang pelepasan dan ketibaan yang disediakan khas bagi individu VTL darat yang akan tiba menggunakan pengangkutan bas.

Ruang ketibaan adalah bagi pengembara VTL darat dari Singapura, manakala ruang pelepasan pula bagi pengembara VTL darat dari Malaysia yang mahu ke Singapura.

Kedua-dua ruang pelepasan dan ketibaan khas ini boleh memuatkan 90 individu pada satu-satu masa. Jumlah itu mencukupi kerana buat masa ini mengikut kuota yang dibenarkan, hanya 1,440 pengembara sehari.

Ketibaan pertama pada 29 November ini dijadualkan pada jam 8.50 pagi dengan kapasiti 45 penumpang.

Setiap bas dihadkan 45 penumpang saja. Ketibaan dari Singapura bagi setiap perjalanan lebih kurang tempoh antara 30 hingga 45 minit dengan bas terakhir dijangka tiba selewat-lewatnya jam 9.30 malam.

Sumber : BH