Input your search keywords and press Enter.

SOP #PRNSarawak Dimuktamadkan 30 November 2021

Prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 akan dimuktamadkan pada 30 November 2021.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berhubung pelaksanaan SOP itu.

Kemudian, perkara berkenaan akan diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRN Sarawak diadakan pada 18 Disember depan, dengan tarikh penamaan calon pada 6 Disember, manakala pengundian awal pula diadakan pada 14 Disember 2021.