Perkhidmatan bas yang membawa pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat jam 7.30 pagi ini.
Bas pertama Causeway Link yang berlepas dari terminal itu ke Queen Street, Singapura tepat 7.30 pagi tadi, cuma membawa hanya lima orang.
Bagaimanapun bas pertama dari Queen Street yang membawa warga tempatan khususnya, tiba jam 9.15 pagi ini dengan kapasiti penuh seramai 45 orang memandangkan tiket bas habis dijual tidak sampai setengah jam selepas ia dibuka empat hari lalu.
Untuk permulaan, VTL darat membabitkan seramai 1,440 orang (satu hala) dengan 64 trip sehari, menggunakan perkhidmatan bas Handal Indah (Causeway Link) (Malaysia) dan Transtar (Singapura).
Sumber : Bernama