Input your search keywords and press Enter.

𝐋ebih 𝟐𝟐.𝟕 𝐉uta 𝐏opulasi 𝐃ewasa Lengkap Divaksinasi

Seramai 22,665,493 individu atau 96.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Sejumlah 23,010,447 individu atau 98.3 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 109,139 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 6,711 suntikan dos lengkap, 4,538 dos pertama dan 97,890 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,345,233 dos.

Terkini jumlah kumulatif dos penggalak adalah sebanyak 2,332,750.

Sumber : Bernama