Kerajaan mengiktiraf 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional atau HAWANA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob .
Kerajaan akan terus memberi sokongan kepada program-program yang sesuai untuk dilaksanakan. Hubungan kerjasama antara media dan wartawan Malaysia dengan rakan media dari negara jiran melalui platfrom ASEAN atau selainnya, dapat terus diperkukuhkan.
Hubungan itu turut dapat diperkukuh dengan menjadikan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) sebagai model.
ISWAMI dapat memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung sesama wartawan kedua-dua negara.
PM mencadangkan agar satu rangkaian kerjasama serantau membabitkan para wartawan pada peringkat serantau dapat diperkasa demi memudahkan capaian kesefahaman antara negara terlibat. Media dan wartawan adalah rangkaian persefahaman secara tidak langsung, selain daripada hubungan diplomatik sedia ada.
ISWAMI yang dianggotai pelbagai agensi, pertubuhan dan organisasi media Malaysia ditubuhkan bertujuan mengharmoniskan hubungan Malaysia dan Indonesia, dalam menangani isu-isu berkepentingan bersama, selain berperanan sebagai pengantara kepada media di kedua-dua negara dalam menangani isu-isu semasa.
Sumber : Bernama