Input your search keywords and press Enter.

Ini Amaran Terakhir Kepada Mana-Mana Pihak Permain Sentimen 3R – PM

M Update, 12/07/2023 – Sejak kebelakangan ini semakin kerap segelintir pihak suka mempermainkan sentimen 3R (Royal, Race & Religions) demi mempertahankan kuasa memandangkan PRN enam buah negeri semakin hampir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R ini yang boleh memecah-belahkan negara.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil kepada mana-mana individu tanpa mengira pangkat, kaum, atau agama yang sengaja mencetuskan isu itu hingga membawa suasana tidak harmoni.

Ujar Anwar lagi, pihak berkuasa melakukan pemantauan tanpa berkecuali terhadap semua pihak tanpa mengira kedudukan atau pangkat.

“Setakat yang saya dimaklum oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ia tanpa kecuali, pantau semua.

“Ini amaran terakhir! Saya sebagai Perdana Menteri sudah tidak ada pilihan. Tidak kira dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil, itu bukan persoalannya. Setakat ini kita akan pantau semua.

Mengulas lanjut Anwar berkata, Malaysia akan terus terumbang-ambing kalau perkara berkenaan dibiarkan berlarutan.